Monday, November 29, 2010

KEJADIAN BUAH TAMAR - UNIKNYA

Untuk ingatan diriku..Semoga ilmuku bertambah..Dipetik drp Mimi's Site..Tq Mimi..Mohon share..

Ketahuilah bulan  Ramadhan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah Tamar/Kurma sebagai juadah berbuka puasa.  Seperti menjadi kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti Tamar Ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM 120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan Ramadhan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut sains merupakan buah yang khasiat kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh.  Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasullullah s.a.w dengan pohon tamar.  Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Berikut adalah kejadian asal pohon kurma yang diceritakan oleh Tuan Haji Isa Darus atau lebih dikenali sebagai Pak Long.  Menurut Pak Long, asal usul kejadian pohon tamar adalah lebihan tanah yang Allah s.w.t ciptakan Nabi Adam a.s.  Pohon tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam.

Selepas Siti Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oelh Allah s.w.t. untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya, lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.  Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia.  Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat melahirkan hanya dengan memakan buah tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t dengan kelahiran Nabi Isa a.s itu juga, Allah s.w.t telah tumbuhkan pohon tamar jantan disebelah pohon tamar betina.  Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' ( melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan ).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang kelangit.  Pohon tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk kebawah.  Pada bulan Februari, pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan pohon bertina. Bezanya bunga jantan mengeluarkan debu-debu halus. 

Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas ( terdiri dari mereka yang berbangsa Arab ) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kawin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.  Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.  Pohon tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia.  Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah celcius.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai.  Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pohon tamar jantan benbanding dengan ratusan pohon tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pohon tamar betina.  Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit.  Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat kering untuk kegunaan berulang kali selagi debunganya masih ada.

Allah s.w.t jadikan buah tamar cukup istimewa,  Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuknya atau merosakkannya.  Ini adalah kerana buah tersebut tidak berbau.  Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup memanjat turunnaik pohon ini untuk melakukan kerja pencantuman ini.  Bangsa lain tidak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ini, jelas Pak Long.

Pohon Tamar adalah ayah saudara kita .....Mula-mula saya bingung juga kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Pak Long Hj Isa beri kami sentuh debu jantan, " Gosok pada tangan dan cium," katanya.  "Masya-Allah..bau air mani', saya tergamam.  "Ya, memang bau air mani, bau ini  buka semua makhluk suka..  Pohon tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s.

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan ( uncle ) kita.  Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.  Rasullulllah s.a.w dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya.  Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ianya sebahagian dari kita.  Jadi setiap kali menjamah buah tamar ingatlah asal kejadiannya.  Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t nak pelihara kesuciannya disamping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering.  Penjual tidak perlu risau lalat atau semut pada buah barakah ini'.  ujar Pak Long dengan senyum lebar.

No comments:

Post a Comment