Monday, November 29, 2010

KEJADIAN BUAH TAMAR - UNIKNYA

Untuk ingatan diriku..Semoga ilmuku bertambah..Dipetik drp Mimi's Site..Tq Mimi..Mohon share..

Ketahuilah bulan  Ramadhan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah Tamar/Kurma sebagai juadah berbuka puasa.  Seperti menjadi kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti Tamar Ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM 120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan Ramadhan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut sains merupakan buah yang khasiat kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh.  Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasullullah s.a.w dengan pohon tamar.  Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Berikut adalah kejadian asal pohon kurma yang diceritakan oleh Tuan Haji Isa Darus atau lebih dikenali sebagai Pak Long.  Menurut Pak Long, asal usul kejadian pohon tamar adalah lebihan tanah yang Allah s.w.t ciptakan Nabi Adam a.s.  Pohon tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam.

Selepas Siti Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oelh Allah s.w.t. untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya, lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.  Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia.  Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat melahirkan hanya dengan memakan buah tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t dengan kelahiran Nabi Isa a.s itu juga, Allah s.w.t telah tumbuhkan pohon tamar jantan disebelah pohon tamar betina.  Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' ( melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan ).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang kelangit.  Pohon tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk kebawah.  Pada bulan Februari, pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan pohon bertina. Bezanya bunga jantan mengeluarkan debu-debu halus. 

Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas ( terdiri dari mereka yang berbangsa Arab ) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kawin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.  Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.  Pohon tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia.  Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah celcius.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai.  Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pohon tamar jantan benbanding dengan ratusan pohon tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pohon tamar betina.  Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit.  Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat kering untuk kegunaan berulang kali selagi debunganya masih ada.

Allah s.w.t jadikan buah tamar cukup istimewa,  Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuknya atau merosakkannya.  Ini adalah kerana buah tersebut tidak berbau.  Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup memanjat turunnaik pohon ini untuk melakukan kerja pencantuman ini.  Bangsa lain tidak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ini, jelas Pak Long.

Pohon Tamar adalah ayah saudara kita .....Mula-mula saya bingung juga kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Pak Long Hj Isa beri kami sentuh debu jantan, " Gosok pada tangan dan cium," katanya.  "Masya-Allah..bau air mani', saya tergamam.  "Ya, memang bau air mani, bau ini  buka semua makhluk suka..  Pohon tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s.

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan ( uncle ) kita.  Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.  Rasullulllah s.a.w dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya.  Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ianya sebahagian dari kita.  Jadi setiap kali menjamah buah tamar ingatlah asal kejadiannya.  Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t nak pelihara kesuciannya disamping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering.  Penjual tidak perlu risau lalat atau semut pada buah barakah ini'.  ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan

Untuk ingatan diriku..Dibaca & dipaste seperti yg dinyatakan di bawah..Tq..

TANDA-TANDA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI OLEH SYAITAN

by MTD KOTA LAMA on Wednesday, 17 November 2010 at 21:25

Allah berfirman yang bermaksud :
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN

1)    Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.

2)    Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.

3)    Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

4)    Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dimana hanya mengambil yang halal.

5)    Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim.

6)    Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

7)    Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan soleh dan solehah serta saling memahami dan  
       bertolak ansur.

8)    Rumah yang penghuninya menunaikan hak-hak dan kewajipannya.

9)    Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan rahsia.

10)  Rumah yang penghuninya tidak melakukan kerja-kerja haram.

11)  Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga daripada perkara-perkara bid'ah.

12)  Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah.

13)  Rumah yang penghuninya penuh dengan salam dan meminta izin.

14)  Rumah yang penghuninya saling bermaafan antara satu sama lain.

15)  Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada perbuatan tercela.

16)  Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.

17)  Rumah yang dibacakan surah al Baqoroh setiap tiga hari

18)  Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan pada Allah.

 

Untuk Ingatan Bagi Sesiapa Yang Masih Ada Ibu

PADA SESIAPA YANG MASIH PUNYA IBU..HAYATILAH SEKETIKA..

by شوهدا مجهدة on Friday, 19 November 2010 at 21:41
Dari catatan seorang teman...

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab. Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.Kadang- kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukurkamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

************ ********* **

AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA.




Syuhada Morris Abdullah..
2.30 am..
17 November 2010




Masakan Ibu & Keberkatannya

Penyediaan Makan Minum Sekeluarga

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Saturday, 20 November 2010 at 20:25
 
Isteri memasak "dengan hati dan perasaan", suami dan anak-anak dapat mencicip rasa kasih sayang yang ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan. Di samping ada keberkatan pada makanan itu, ada kesan psikologi di sebaliknya. Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka. Lebih-lebih lagi jika sewaktu menyediakan makanan, sambil basuh beras atau menanak nasi, lidah isteri sentiasa basah dengan zikir dan selawat. Disertakan pula dengan niat untuk dapatkan keredhaan Allah, hidang makanan yang halal untuk keluarga, membahagiakan keluarga atau lain-lain niat yang murni. Pastilah bertambah keberkatannya.  Kesan ‘air tangan’ ibu akan lebih terasa bagi anak kecil yang disuapkan makanannya oleh ibu. Sesetengah ibu mengunyahkan makanan sebelum disuapkan ke mulut anak agar kasih sayangnya dapat berbaur sekali dengan air liurnya untuk dicicip oleh anak. Haiwan pun, misalnya kucing, jika diberi makan bekas kunyahan seseorang ia akan jatuh kasih pada orang itu.

Aurat Harus Dijaga Sentiasa

Sentiasalah Jaga Aurat Anda - Ada Makhluk Lain Mengintai Yang Akan Mengintai Anda...!!!

by MTD KOTA LAMA on Friday, 26 November 2010 at 15:49
Ada kisah seorang wanita yang suka memakai baju-baju seksi 'gila' di luar dan di dalam rumah. Satu ketika, wanita ini dikatakan terkena penyakit buatan orang. Puas berubat sana-sini, akhirnya bertemu dengan seorang imam yang pandai mengubat penyakit berkaitan sihir dan saka.

Imam itu memberi satu sahaja pesanan pada wanita itu - tutup aurat dan jaga solat 5 waktu, Insya Allah sihir akan mampu dibenteng. Sambil itu, wanita tadi terus berubat dengan imam tersebut.
Setelah dia cuba mematuhi kata-kata imam, lama-kelamaan dia dapatmerasakan ketenangan dalam diri dan terhindar dari gangguan 'penyakit' yang dirasakan sebelum itu. Dia rasa seronok bertudung,walaupun sebelum ini rasa panas dan rimas dengan sehelai selendang nipis.

Solat pun sudah tidak pernah culas lagi. Sebelum ini telekung berlipat kemas dalam almari. Suaminya turut terkesan dengan perubahan isterinya, dan dia pun terdorong untuk berubah.Sudah tidak belengging dengan seluar pendek. Dia tidak halang isterinya menutup aurat. Cuma pesannya, kalau hendak tutup aurat, buat betul-betul. Jangan ikut trend dan belajarlah agama. Pasangan ini mencari guru yang dapat menerangkan hukum syariat supaya tidak bosan beramal.

Di sinilah hikmah Allah mewajibkan semua wanita dan juga lelaki supaya menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).

Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.

Suburkan peribadi dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat baik) seperti selalu bersangka baik dengan apa jua yang berlaku. Jangan mudah hasad dengki, jaga mulut jangan celupar, mata jangan menjeling dan menjegil ketika memandang orang. Akal pula perlu disuburkan dengan pemikiran yang baik-baik kerana semua ini akan mendorong jiwa jadi kuat.
Hati kena benar-benar tulus dan ikhlas, niatkan apa jua kerja kerana Allah dan dimulakan dengan basmalah di samping doa-doa lain. Sesungguhnya jin sangat susah mendekati orang yang ikhlas.

Tegasnya, langkah keselamatan untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan ialah dengan beramal bersungguh-sungguh dengan setiap perintah Allah. Tinggalkan sungguh-sungguh apa yang Allah larang. Sibukkan hati dengan zikrullah dalam aktiviti harian supaya ruang tenang itu tidak dapat dicelah oleh makhluk durjana.

semoga anda dapat mengambil iktibar.....cerita ini utk menyedarkan kpd lelaki dan wanita....betapa pentingnya menjaga aurat...sekian....



Thursday, November 11, 2010

Petua Awet Muda

PETUA AWET MUDA
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi
diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu.
Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian
dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil
sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas
ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok
gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam
hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar,
kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan
pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air
suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan
jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di
atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin,
Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya
kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari
kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan
mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak
tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah
seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Wednesday, November 10, 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami

Hukum Isteri Meleteri Suami

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita..Cerita ini saya perolehi dari e- mail..

      " Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

      Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu


      Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

      Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

      Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.


      Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
     
      Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

      Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
     
       Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi bersama Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "
   
      Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

      Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tengkoraknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

      Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

      Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

        Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam kalangan orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

        Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

        Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

         Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

         Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

       Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

       Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

       Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah tidak lagi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

        Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

        Kepada para suami dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

        Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

        Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

        Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

        SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.

        TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK

Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK

1.  Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun  kepalanya
     sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2.  Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3.  Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya
     berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah
     berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya
     percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.  Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya
     bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.  Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang
     masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak

Jalan-jalan ke Padang Besar

                                                  Gambar ke Padang Besar Julai 2010
                                                                         Dan lagi


Saje je nak nampak tulisan Padang Besar tu..Puas hati dah ke tempat paling utara di utara tanah air..Tulis nama atas batu..

Wednesday, November 3, 2010

Lasagna

Semalam saya buat Lasagna after lama dah tak buat. 2 trays; 1 untuk family & 1 lagi untuk bawa ke sekolah untuk kawan-kawan..
    Ni dapur..Berselerak kitchenku ini..

   Nah inilah foto Lasagna yang telah siap dimasak..Sebahagian dah dimakan..Lama dah tak buat..Sedapnya..Yummy..Yummy

Ini pulak gambar anak-anak tengah makan Lasagna; Adlin dan Aisyah..Nampak selera je.. 

Monday, November 1, 2010

Pengalaman Kali Pertama Ber'Blog"..

    Seronoknya,..pertama kali baru nak belajar buat blog..Excited, eager,..itulah perasaannya..Tapi banyak kali pulak ter'delete'..Ha ha..Tapi nak ucapkan terima kasih pada Fahmi, pelajar Tingkatan 5 2010 SEMARAK 5 yang telah banyak membantu..Thank you Fahmi..Jangan jemu dengan cikgu ya..

    Tak sabar nak tengok..so cuba upload gambar semasa menyertai Mystery Drive 2010Petronas Penapisan Terengganu..tempat kerja suami ..ke Gambang Water World Kuantan, Pahang..Ni gambar2nya..

Masa nak bertolak..'Ong' tak nombor ni..

Meriahkan...

Acara hari ke2...Baru lepas bergelongsor cam ular tu...Sukanya hati...Mula-mula naik rasa macam nak tercampak jantung keluar..Anak yang bongsu tinggal kat bawah...takotss..

Ni kat kolam yg anak2 paling suka..Masa ni tak ramai orang lagi..Suami tengah sibuk melayan anak-anak...


Berjam-jam kat sini..Tak puas-puas anak-anak & suami mandi..Jenuh menunggu..

Adlin, anak bongsu dah letih..tulah beria sangat mandi..